Thursday, September 30, 2010

Kematian Semakin menghampiri kita

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

RiNdUku tEruBat


kerinduan terubat kembali, setelah mendengar suaranya,terlalu sukar lenaku bila aku teringat2 kan kamu sayang, cepatlah kembali, aku terlalu perlukan kamu dalam hidupku, sukar untukku harungi semua ini seorang diri, terlalu berat untukku menanggung semuanya, aku tahu kamu jua seperti aku inginkan aku disisimu selalu, atasa alasan apa kita dipisahkan sebegini sayang? x sanggup untuk ku tempuhi semua ini sendirian, aku tahu masa untukku bersama mu terlalu singkat tapi aku akan berikan masa itu paling indah untukmu sayang..... Tika ini aku masih teringat masa kita bermesra bergurau senda dengan ikatan yang sungguh mulia sangat indah setiap hari bersamamu sayang... indah sehinggakan aku rasa bagaikan ingin menikmatinya masa itu lagi bersamamu, tapi dapatkah aku kenikmatan semua itu lagi? semuanya terbelenggu dalam fikiranku.. mahligai cinta sejati yang kita bina ini akan kekal hingga ke akhir hayatku..walaupan satu hari nanti aku pasti tinggalkan mu selamanya.. maafkan aku sayang...aku harap kau pn jua akan menyintaiku sehingga mati... ingatlah semua janji2 kita sayang...

Monday, September 27, 2010

? KesEmPURnaaN ?

langit begitu gelap, angin bertiup bagikan ingin menyatakan sesuatu padaku...
awan yang mengalirkan air mata yang berguguran.. sampai kini aku masih lagi tidak dapat petanda apa yang angin dan awan ingin nyatakan padaku.. aku pasti ada sesuatu disebalik kesedihan ini... mereka bagai dapat merasakan apa yang aku rasai dan turut bersedih sepertiku... bagai memberikan aku mencari arah yang terang dari kegelapan ini... sukar aku rasakan menanggung semua derita ini keseorangan tanpa "si dia"... adakah aku yang tak berdaya untuk menangung semuanya? kekuatan aku bagaikan di kunci... bila hujan akan reda? aku menunggu waktu itu... tak sanggup lagi basah bersamanya... bila langit akan terang? aku menunggu waktu itu.. sukar meraba dalam kegelapan.. harap esok akan cerah agar aku lebih selesa untuk menjalani kehidupan sedia kala....

Sunday, September 26, 2010

rInTanGaN

suasana pagi yang hening,
hati yang mencari ketenangan
semakin lama semakin perit aku merasainya
keseorangan menangung semua kesulitan
tanpa si dia yang selalu memberi dorongan
biarpan perit aku tetap akan tempuhi
sukar untuk ku nyatakan apa yang terjadi
sukar juga untuk aku jelaskan segalanya
aku lebih rela menanggung semua derita ini tanpa si dia merasainya
segalanya mungkin sudah tertulis aku akan merasainya
semuanya mungkin akan pulih sedia kala
setelah angin yang bertup kencang ini reda
aku hanya perlu bersabar dan terus bersabar
dengan apa yang terjadi
terima dengan redha
anggaplah ini rintangan sesuatu yang mulia.......

Thursday, September 23, 2010

Kisah Cinta

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Terjerat Dalam perpisahan

Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang

Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan

Kisah cinta berakhir
Dengan penuhharapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...

Wednesday, September 22, 2010

SaYaNg

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Bahagia

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu
sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.

kEkuAtan wAniTa


Wanita Perempuan Diciptakan Bukan Daripada Tulang Rusuk Atas Untuk Memerintah ,
Bukan Daripada Rusuk Bawah Untuk Dipijak, Tetapi Terletaknya Rusuk Itu Di Bahagian Dada Dan Berdekatan Dengan Tangan Bermakna Tangan Yang Membelai Dan Hati Yang Mempunyai Perasaan Dan Kasih Sayang.


~WANITA ~

Wanita itu sendiri adalah rahsia nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Tuesday, September 21, 2010

Assalammualaikum.....
setelah sekian lama Aku menyepikan diri baru hari ini tanggal 22 September 2010 Aku KUAT untuk tampilkan diri sebagai seorang insan yang bergelar wanita... bukan kerana apa tujuan Aku penyepikan diri just sebab kekangan kerja yang tak menentu.. satu lagi penyebab yang membuatkan Aku keberatan untuk update blog adalah kerana cinta hatiku jauh dimata... disebabkan itu aku cukup sukar untuk mengeluarkan kata2 yang lahir dari hati nie...bayangkan lah selama 6 bulan x bertemu aku bagaikan hilang arah tujuan untuk melakukan segala kerja sehinggakan semua karya2 penulisan aku tinggalkan berabuk di atas meja... tapi tanggal 8 September 2010 kami bertemu kembali setelah sekian lama berpisah membuatkan jiwa ini kembali segar bagaikan bunga yang kembang mekar... mungkin sukar untuk menerima perpisahan antara aku dan si dia ( Mohd Fazrul Azim) tapi hakikatnya selepas ini mungkin aku akan mengalaminya lagi... apa nak buat satu tanggungjawab pada kerja ! x mungkin bagi aku untuk berenti kerja semata2 untuk mengikut si dia kemana dia pergi... bukan ego tapi aku lebih selesa berada di sekitar kuala lumpur dan selangor... coz aku sinilah tempat umpah darah aku... kadang2 aku terasa bagaikan dalam mimpi dalam sekelip mata sudah setahun setengah aku bertunang dan pada 25 Disember 2010 ini aku bakal medirikan rumah tangga bersama mohd fazrul azim.. dalam masa yang suntuk nie sempat ke aku untuk settle kan semua benda yang diperlukan untuk majlis pernikahan aku? harap semua berjalan dengan lancar.. walaupan tanpa tunang tersayang aku mampu lakukan sendirian.. itulah nasibnya jikalau jodoh bersama anggota tentera... tapi aku rasa besyukur dengan keadaan ini aku lebih yakin serta bersemangat untuk lakukan apa saja apa kau di sisi sayang... tapi kau tetap di hati...