Sunday, February 13, 2011

KAWIN...ohhh PENING

siapa sangka semua yang aku rancang menjadi lebih teruk dari yang aku sangka... mulanya perkara ini harus aku berbincang bersama keluarga terlebih dahulu... akan tetapi belum sempat aku berbincang perkara lain pula yang terjadi... INI SEMUA BAB KAWIN AKU LA... benda yang banyak memeningkan kepala aku nie... Selamatlah tunang aku yang banyak tenteramkan jiwa n hati aku wlaupun kami berjauhan tapi SIDIA tetap di hatiku salamanya n sidia jugalah yang banyak mengajarku erti kehidupan yang sebenar.. THANKS SAYANG... klu nak diceritakan bab itu sampai pagi esok aku menaip pn belum abiz cerita pendek ceritanya PANJANG SANGAT... so biarlah sekadar sekalian tahu yang aku sedang dalam keadaan PENING memikirkan masalah KEHIDUPAN ku.... hahahahahah

Monday, February 7, 2011

dEnGar LAH HatIku bErkaTA


Apabila aku terfikirkan kembali adakah aku nie seorang yang cemburu buta? jawapannya ia saya adalah seorang yang cemburu but not membabi buta... hahahah !!!! persoalannya adalah kenapa perasaan ini boleh timbul...jawapanya adalah kerana hatiku pernah kau sakiti.....persoalan yang kedua adalah bukankah sidia telah berjanji untuk setia n tidak mengulangi perkara lepas kembali!!! jawapanya aku masih tidak pasti akan janjinya lagi...ohhh tuhan kenapa ini terjadi?? persoalan demi persoalan bermain di fikiran ini... banyak jawapan yang direka aku sendiri tanpa bertanya padanya tapi kenapa???dibelenggu kebimbangan... bukanya aku tak cinta bukan juga aku tak percaya cuma aku terlalu takod kehilanganya... betapa obsesnya cinta n kasihku pada sidia... kadang2 perasaan takod kerana terlalu obses cintakan dia hadir juga tapi apakan daya n apa yang boleh ku lakuka selain dari berdoa padanya yang esa agar lindungi hubungan kami dari semua bencana

Sunday, January 30, 2011

kehidupan satu cabaran..


perkara biasa setiap hujung bulan banyak perkara yang harus aku fikirkan... ohhhh tertekan di hujung bulan kerana memikirkan masalah kewangan... bukan mudah apabila hidup dipenuhi oleh banyak masalah... bukan tak bersyukur dengan apa yang ada cuma x cukup dengan tanggungan.... pas nie kene kerja part time... tapi nak wat ape ye? berniaga tudung? da bantyak sangat orang berniaga.... Jual baju... Baju Ape yang nak dijual ... ohhhh tolong la aku yang dalam kebingungan nie sampai tak tahu nak wat ape... hmmm x pe la tunggu la sampai ilhamku sampai... Klu fikirkan pasal duit nie mmg sampai mati pn x kan cukup2... klu nak kira pasal tanggungan pulak mmg sentiasa akan ada tanggungan so kene lah bersabar... banyakkan berdoa... Kadang2 aku selalu fikirkan yang aku nie suka ambik hati sendiri... huhuuhuuu tapi itu lah kenyataan hidup!!!!!! Alangkah bagus kalau la hidup aku di kelilingi dengan wang....wow.... mmg seronok.. tapi bahagiakah aku kalau hidup dikelilingi dengan wang??? satu lagi persoalan sukar untuk diungkap..

Friday, January 28, 2011

kAdUk Naik JunJung Ohh Please jangan berlaku padaku


Alkisahnya pada 28 Jan 2011 hari Jumaat sepatutnya adalah hari yang perlu ditempuhi dengan aman damai tanpa apa2 ganguan dan tekanan.. akan tetapi perkara ini telah terjadi kapada aku.. rase tertekan tak terkata sehinggakan aku rasa hilang hormat pada orang atasan aku yang sering melakukan perkara yang tidak diduga.. dia tak merasakan apa yang dia lakukan itu adalah satu kesalahan..almaklumlah baru dapt pegang jawatan yang tinggi n i more thing company yang aku kerja nie agak ternama jugak la sehinggakan dia rasa yang die hebat sangat!! so bosan la bile dapat LADY BOS yang rase dia sanagt berkuasa dalam semua hal..ahhhh benci.. tapi apa kan daya aku hanya orang bawahan yang tak penting dimata dia.. wlaupun pagi tadi bukan aku yang dihentamnya akan tetapi sedikit sebanyak aku rasa tempiasnya...hanya kerana perkara kecil kecoh dibuatnya....aku tak faham apa jenis perempuan la kau nie BOS... please la be a professional walupun KAU sebagai BOS kau kene ada rasa hormat pada orang bawahan kau kau KAA nak mereka semua termasuk aku HORMAT pada kau... bagi pandanagn aku sebagai orang yang baru dalam dunia pekerjaan nie ada banyak cara yang sempurna untuk menegur orang lain...sebagai seorang ketua dalam sesuatu jabatan DIA haruslah bersikap lebih matang dalam mengendalikan masalah2 yang remeh temeh nie.. jangan la kerana kau to BOS kau rasa boleh buat apa yang kau suka... Please... I hate this.... kepada sesiapa yang baru berada di tahap yang teratas KAMU haruslah bersikap professional jangan lah samapai anak2 buah kamu membenci kamu tanpa kamu sedari... so please cuba berfikir secara matang... dan jangan buat keputusan yang terburu2....dengarlah pandangan orang bawahan yang lebih mengetahui segalanya.......

Monday, January 24, 2011

pAsSwoRd jiWa hAtiKu

Suara pagi yang bekumandang( 5.50 am) sayup2 kedengaran... ia mengejutkan aku dari lena.. lesu kemalasan aku masah terasa lagi namun aku kuatkan juga mindaku untuk mengsetkan pasword keceriaan pada 25 Jan 2011 nie...hiihihihi akhirnya pasword lama ku berjaya digodam(6.10 am)...Setting di pagi hari adalah dalam keadaan baik semuanya...RINDU... hanya perkataan yang dapat diungkapkan tanpa sentuhan mesra untuk yang tersayang.... Ahhhh Mind set mula ingin bertukar jangan biarkan aku dihantui kerinduaan yang teramat pada PERWIRA hatiku A.K.A zarul...lekaslah pulang kita ubati kerinduan ini bersama2.. aku pun tahu kau juga merinduiku sayang....opppps terjiwang pula!!!!tapi memang benar kata orang lama semakin jauh semakin rindu... harus jua aku harunginya... segala kepayahan aku bersama PERWIRAku hanya kami yang mengetahuinya.... Memang satu nostalgia yang tak dapat aku lupakan...ish pagi subuh lagi perWirAku akan menjalan tugasan harianya ingatkan aku di pagi hari dengan 3 pesanan dan ingatan: 1) Sayang jangan lupa solat2) Sayang jangan lupa makan 3) Sayang minum air suam banyak2 ( Kembung perut la pas nie) Sayang ingat semua pesanan abang...thanks dear take of me..

Sunday, January 23, 2011

salam...
lama sangat tak meng update blog yang x ade kesudahannya nie... tak tahu lah kenapa minggu nie menjadi tema minggu paling membosankan oppps walaupun baru hari isnin huhuhu... bukan nyer tak ade kerja tapi saja je otak nie setting MALAS....MALAS....MALAS... hikhikhik sehinggakan nak pergi makan pun MALAS nak kuar... so ari nie sehari suntuk duk kat dalam ofis je la....Tapi yang peliknyer bila otak nie da settingkan Password MALAS...BUT!! still ade kerajinan Untuk meng update blog untuk menghilangkan VIRUS kemalasan ni... sampai bila virus kemalasan nie akan melanda hidup aku TOLONG....... pelik tapi benar ianya berlaku dalam dalam kehidupan aku..arh nak merungut pun x boleh sape suruh aku nie malas sangat untuk hari ISNIN.. hopefully hari yang mendatang akan aku manfaatkan sepenuhnya untuk kehidupan aku.


Thursday, September 30, 2010

Kematian Semakin menghampiri kita

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.